Tuesday, January 22, 2013

ALPHA LIPID SLIM DIET 2


KANDUNGAN DI DALAM ALPHA LIPID SLIM DIET 2 ( ALSD2 ) 

ALPHA LIPID : 
1. Bioaktif lipid yang terdiri daripada 
     a) Gangliosides 
     b) Spyngomylin 
     c) Phospolipid 
2. Menyelaputi semua bahan bioaktif yang lain untuk meningkatkan penghantaran dan penyebaran ke seluruh badan 

EKSTRAK TEH HIJAU 
1. Meningkatkan oksidasi lemak 
2. Menghasilkan haba 
3. Meningkatkan kadar metabolisme ...



Mulakan Tahun Baru dengan Usaha Baru

Untuk memulakan diet , kita perlu mengisi beberapa maklumat penting untuk simpanan dan rujukan kita di kemudian hari ....

Nama :
No Kad Pengenalan :
Status Perkahwinan :
Jawatan :
Tinggi (m) :
Berat sekarang (kg) :
BMI ( berat / (tinggi x tinggi ) ) :
Berat Ideal Maksima ( tinggi x tinggi x 24 ) :
Target berat yang diingini :
Dengan mendapat berat badan IDEAL, saya idamkan untuk :
1.
2.
3.
4.
5.


okay .. sila isi dulu borang seperti ni .... kemudian print besar2 ... lekatkan di depan meja kerja anda ....
sapa yang dah buat .. sila angkat tangan ....

Azam Baru ... Tahun 2013



Salam Ceria pada semua...
Saya mulakan tahun ini 2013 dengan azam baru ...
Sebolehnya saya akan cuba update info terkini berkaitan cara diet yang sihat menggunakan produk bertaraf antarabangsa dan diyakini oleh semua ..produk daripada NZ New Image ...
sesiapa yang berminat untuk mendapatkan informasi berkenaan produk-produk terhebat ini... boleh hubungi saya ...
email : sweet_nor@yahoo.com
fb : hidayah hadi
Fon No : 019-4647015

Saturday, October 6, 2012

Bagaimana Untuk Memecahkan Masalah Plateau ? Cubalah berdiet sayur dan buah-buahan sahaja tidak lebih dari tiga (3) hari.


Bagi maksud didalam kaedah penurunan berat badan, plateau adalah satu keadaan dimana
penurunan berat anda terhenti sementara walaupun anda melakukan program diet tersebut dengan betul dan berterusan.

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh berbagai sebab yang boleh kita atasi. Sebagai contoh, didalam program pemakanan rendah karbohidrat seperti SD2, plateau boleh berlaku disebabkan mengambil ubat-ubat yang baru setelah berdiet, sakit, stress atau kadar activiti badan yang berkurangan. Dengan mengatasi punca masalah tersebut serta mengikuti program tersebut secara berterusan, penurunan berat badan anda akan berlaku semula.

Namun begitu, sebelum anda merasakan anda ada masalah plateau, adakah anda sudah berdiet dengan betul dan tidak melakukan kesalahan berdiet ?

Sebenarnya anda boleh mencuba berbagai-bagai cara untuk menyelesaikan masalah ini dan anda kena bersikap terbuka untuk membuat ujikaji terhadap diri anda.

Anda boleh meningkatkan kadar karbohidrat anda sekiranya anda kerap memakan karbohidrat yang terlalu rendah seperti yang telah diceritakan didalam konsep Schwarzbein Principle. Cuba berhenti jenis-jenis makanan yang meragukan dan hanya mengambil lauk-lauk sahaja seperti daging, ikan dan ayam yang tidak di proses serta sayuran-sayuran hijau sahaja untuk beberapa hari. Berhenti memakan makanan tiruan seperti low-carb bar. Minumlah air yang banyak.

Namun begitu, sebelum anda mencuba mana-mana cadangan ini, pastikan yang anda betul-betul adamasalah plateau dan bukan kerana kesalahan berdiet. Anda boleh mencuba salah satu teknik berikut, yang juga pernah dicuba dan berjaya untuk menyelesaikan masalah plateau bagi sesetengah orang:-

1. Cubalah berdiet sayur dan buah-buahan sahaja tidak lebih dari tiga (3) hari

Jangan memakan apa-apa makanan selain dari sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja selama tidak lebih dari tiga (3) hari. Ini akan membantu supaya badan anda berakali, serta mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi khasiat yang tinggi. Makanlah sebanyak mana yang anda mahu dan boleh tambahkan lemak yang baik seperti minyak flaxseed, minyak zaitun atau butter.

Selepas dari tempoh ini, anda boleh bermula diet SD2 semula dan pastikan anda mengikut semua peraturannya seperti biasa serta perhatikan jika ada perubahan dari segi penurunan berat anda.

Friday, September 28, 2012

MENGENALI JENIS KEGEMUKAN


BAGAIMANA nak mengenali jenis KEGEMUKAN kita
Rugi kalau tak baca...


JENIS-JENIS KEGEMUKAN..
Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.
Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :
Gemuk Air
• Badan mengelembir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelembir dan lembik.
Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.
GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

APA PATUT ANDA LAKUKAN??
Insyallah, dengan mengamalkan ALPHA LIPID SD2 tin baru anda dapat mengatasi masalah ini dengan cepat dan selamat.. Seelok-eloknya disarankan anda cuba selama sebulan atau dua bulan.. pasal lemak ni dah lama berkumpul dalam badan, bukannya senang nak kikis kalau dah lemak tuh degil, so ada juga yang ambik masa lama.. setin untuk seminggu.. kalau sebulan kita perlukan 4tin pasal kita wajib minum 2 scoop 4x sehari sebelum makan.

Tuesday, August 28, 2012

PERATURAN DIET ALSD2 ....


Peraturan Penting Berdiet SDII

Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD2 ?  Berikut adalah peraturan-peraturan penting ketika berdiet SD2 dan ingatlah peraturan-peraturan ini seolah-olah nyawa anda tergantung kepadanya.

1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN. (DO NOT SKIP MEALS)
Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA.
(DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)

Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.

3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)
Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik, makanan laut  dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan memakan SD2 sebanyak 2 skop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
(EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)

Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20 gram net karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda  boleh mengambil sehingga 35 gram net karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Kadar Karbohidrat Yang Kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancer. Sebenarnya 35 grams net karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.

5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.
(EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS PROGRAM)

6. Minum sekurang-kurangnya 2 litre air kosong setiap hari.
(Drink at least 2 litre of water everyday)

7. Hindari minuman berkafein seperti cofee, tea dan minuman ringan dan bergas.
(Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)
Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.

8. Kira setiap paket pemanis tiruan sebagai 1 gram net karbohidrat.
(Count each packet of artificial sweetener as 1 gram of net carbs)
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia adalah lebih organik dan semulajadi.

9. Apabila anda makan diluar, maka berhati-hatilah dengan karbohidrat yang tersembunyi.
(When you eat out, watch for hidden carbs)
Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

10. Jangan menyangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah.
(Dont assume any food is low in carbohydrate)
Pastikan anda membaca label pemakanan tersebut dan berapa jumlah karbohidrat makanan tersebut. Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter).

Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan dengan bersungguh-sungguh pada 2 minggu pertama setiap peraturan-peraturan yang telah dinyatakan untuk berjaya. Lakukanlah dengan sepenuh hati dan jiwa setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum anda melakukan versi peraturan anda sendiri.

SUMBER - http://newimage-slimdiet2.blogspot.com/

Bolehkah Saya Berdiet ALSD2 Jika Saya Berpenyakit Gallstones (Batu Karang Didalam Hempedu) ?


Kajian saintifik sebenarnya menunjukkan masalah batu karang didalam hempedu terjadi apabila kita mengambil terlalu rendah lemak (fat) didalam pemakanan kita. (Berhati-hati jika anda seorang pendiet low fat !) Hempedu kita perlu sentiasa aktif untuk bekerja bagi menghuraikan lemak didalam makanan.

Memakan lemak akan menyebabkan hempedu kita sentiasa bekerja, juga akan menyebabkan fungsi pengecutan (contraction) untuk berfungsi dengan baik. Sebenarnya hempedu tidak ada fungsi pengecutan ini jika kita tidak memakan apa-apa jenis lemak langsung. (Sudahkan anda faham salahsatu sebab kenapa anda mengambil minyak zaitun ?)

Sekiranya hempedu  tidak berfungsi untuk memproses lemak makanan, garam hempedu akan mengeras menjadi batu karang. Namun begitu, orang yang memang sudah berpenyakit batu karang didalam hempedu memang menghadapi masalah sekiranya mengambil makanan yang berlemak.

Bagi orang yang menghadapi masalah ini boleh mencuba berdiet SD2 tetapi harus menjaga pemakanan yang rendah lemak. Untuk ini, makanlah ikan, ayam, daging tanpa lemak, cheese yang rendah lemak (secara sederhana) dan perlu mengambil banyak sayur-sayuran. Anda harus menjauhi salad dressing yang berkrim, segala jenis kekacang, segala jenis makanan bergoreng dan segala jenis makanan yang diproses seperti sosej atau daging burger.

Jagalah pemakanan berdiet ini dengan betul dan anda harus faham bahawa sebagai orang yang berpenyakit, penurunan berat anda memang lebih perlahan dari orang lain