Tuesday, July 10, 2012

Apa itu Diet ?



DIET adalah penyusunan makanan yang seimbang yang perlu diselaraskan pengambilannya setiap hari. DIET menyediakan keperluan zat gizi tubuh yang diperlukan untuk pertumbuhan dan mempertahankan kesihatan secara optimal. Setiap individu adalah berbeza keperluan makanannya. Jadi, DIET juga bergantung kepada keperluan individu tersebut termasuk dari segi keperluan yang bersangkut dengan aktivitinya.

Tubuh memerlukan lima zat gizi utama dan popular iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral. Empat bermaksud sihat, lima adalah sempurna! Empat unsur DIET yang dimaksudkan ialah nasi, jagung, dan sagu menghasilkan karbohidrat. Manakala daging, ikan, tempe, atau tauhu dalah sumber utama protein. Sayur dan buah-buahan adalah sumber vitamin sementara keperluan mineral dapat diambil daripada makanan berserat. Unsur kelima yang membuat DIET dikatakan sempurna adalah susu yang mengandungi hampir semua unsur gizi. DIET yang mengandungi semua unsur diperlukan dalam jumlah yang cukup disebut dengan DIET SEIMBANG. Vitamin dan mineral sudah termaktub di dalam konsep DIET SEIMBANG.

No comments:

Post a Comment