Tuesday, August 28, 2012

Bolehkah Saya Berdiet ALSD2 Jika Saya Berpenyakit Gallstones (Batu Karang Didalam Hempedu) ?


Kajian saintifik sebenarnya menunjukkan masalah batu karang didalam hempedu terjadi apabila kita mengambil terlalu rendah lemak (fat) didalam pemakanan kita. (Berhati-hati jika anda seorang pendiet low fat !) Hempedu kita perlu sentiasa aktif untuk bekerja bagi menghuraikan lemak didalam makanan.

Memakan lemak akan menyebabkan hempedu kita sentiasa bekerja, juga akan menyebabkan fungsi pengecutan (contraction) untuk berfungsi dengan baik. Sebenarnya hempedu tidak ada fungsi pengecutan ini jika kita tidak memakan apa-apa jenis lemak langsung. (Sudahkan anda faham salahsatu sebab kenapa anda mengambil minyak zaitun ?)

Sekiranya hempedu  tidak berfungsi untuk memproses lemak makanan, garam hempedu akan mengeras menjadi batu karang. Namun begitu, orang yang memang sudah berpenyakit batu karang didalam hempedu memang menghadapi masalah sekiranya mengambil makanan yang berlemak.

Bagi orang yang menghadapi masalah ini boleh mencuba berdiet SD2 tetapi harus menjaga pemakanan yang rendah lemak. Untuk ini, makanlah ikan, ayam, daging tanpa lemak, cheese yang rendah lemak (secara sederhana) dan perlu mengambil banyak sayur-sayuran. Anda harus menjauhi salad dressing yang berkrim, segala jenis kekacang, segala jenis makanan bergoreng dan segala jenis makanan yang diproses seperti sosej atau daging burger.

Jagalah pemakanan berdiet ini dengan betul dan anda harus faham bahawa sebagai orang yang berpenyakit, penurunan berat anda memang lebih perlahan dari orang lain

No comments:

Post a Comment