Saturday, August 11, 2012

Kenapa Senaman Bukanlah Satu Pilihan Ketika Berdiet SD2





Senaman, dalam bentuk atau jenis apapun, akan membantu membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan jisim otot anda.

Senaman yang mengutamakan mengangkat berat sudah tentu akan membina jisim otot dengan lebih banyak. Banyak orang yang terlebih berat akan mengelakan senaman mengangkat berat  kerana mereka takut akan membina otot yang lebih serta badan akan nampak lebih besar. Sebenarnya ini tidak akan berlaku jika kita tahu bagaimana cara untuk melakukannya.

Namun begitu buat masa ini cukuplah untuk kita memahami bahawa sebenarnya dengan membina jisim otot akan banyak membantu badan kita membakar lemak dengan lebih cepat. Tetapi kita perlu beringat bahawa pada waktu permulaan apabila kita membina jisim otot, besar kemungkinan kita tidak akan nampak apa-apa penurunan atau berat kita mungkin juga akan naik lebih sedikit. Ini hanyalah menunjukkan bahawa sebenarnya jisim otot kita meningkat tetapi lemak kita sebenarnya sudah banyak berkurangan. Kita perlu faham bahawa jisim otot adalah lebih padat dari lemak jadi perubahan yang sedikit akan nampak lebih ketara pada keseluruhan berat kita.

Kita akan nampak perbezaan sebenar pada apa yang kita rasa pada tubuh badan kita dan juga bagaimana pakaiaan kita rasa sesuai pada tubuh badan kita. Yang lebih penting, jisim otot kita memerlukan lebih tenaga pada badan dari lemak yang ada pada tubuh kita. Dengan kata lain, apabila kita menambah jisim otot, kita akan sebenarnya akan membakar lebih kalori walaupun kita tidak bergerak.

Ini bermakna senaman akan membantu kita menurunkan berat badan dengan tiga cara yang berbeza:
  1. Dengan cara yang difahami ramai - kita membakar lebih kalori ketika melakukan senaman
  2. Apabila kita selesai bersenam, metabolisma kita masih berada pada kadar yang tinggi untuk beberapa jangkamasa tertentu - dimana anda juga berpeluang membakar lebih kalori dari biasa
  3. Apabila anda sudah mula membina jisim otot, maka metabolisma anda juga akan meningkat dengan lebih banyak pada 24/7 atau setiap masa dan anda masih tetap membakar lemak walaupun beratur panjang di kaunter pejabat pos
Jika anda faham dan bersetuju dengan konsep diatas, maka pada topik selanjutnya kita akan melihat apakah yang perlu kita lakukan selanjutnya untuk mula menggerakkan badan kita ketika berdiet.

Kenapa senaman bukanlah pilihan ketika berdiet ? Tidak perlu berlapar untuk menurunkan berat badan.

No comments:

Post a Comment