Wednesday, August 15, 2012

DIARI MAKANAN ....


Buatlah diari pemakanan !

Membuat diairi pemakanan adalah teman yang sangat beharga dalam membantu anda mencapai berat idaman.

Dengan mencatit setiap jenis makanan yang anda ambil setiap hari, anda akan dapat melihat corak pemakanan anda yang akan membantu kejayaan anda berdiet.  Dalam pada masa yang sama anda boleh menganalisa kesilapan anda jika terbabas sementara berdiet. Ia juga boleh menbantu anda memahami jenis-jenis makanan manakah yang jadi penghalang untuk anda menurunkan berat badan.

Anda juga akan lebih faham tabiat cara anda makan, mengenal jenis makanan yang menjadi penghalang, memahami emosi dan gaya hidup yang akan menjejaskan perhubungan anda dengan makanan yang anda makan.

Selalunya, dengan ada tempat yang sulit untuk anda mencatitkan emosi anda akan sangat membantu untuk anda memotivasikan diri dalam melakukan perubahan didalam hidup anda.

Didalam hal ini juga, jika anda menghadapi masalah didalam pemakanan anda maka berkongsi diari pemakanan dengan pakar pemakanan anda untuk dianalisa akan memudahkan proses mencari punca sebenar kenapa warna ketostix anda masih putih atau kenapa berat anda masih turun perlahan.

Banyak orang yang saya jumpa mengatakan bahawa tidak mengambil apa-apa makanan berkarbohidrat tetapi setelah dianalisa masih terdapat banyak makanan berkarbohidrat yang tersembunyi didalam makanan mereka. Besar kemungkinan kita masih belum betul-betul faham akan jenis-jenis makanan berkarbohidrat dan biarlah pakar pemakanan anda tentukan samada anda bebas karbohidrat atau tidak sebelum anda membuat andaian tersebut.

SD2 Wellness Centre

Monday, August 13, 2012

Kandungan Dalam Makanan Berasas Ayam Kita ...

Sedappp......

Info ni amat sesuai bagi kita yang sedang berdiet dengan ALSD2 ... 

Chicken dishes
Food NameServing
Portion
Serving
Weight
(g)
Energy

(kcal)
Protein

(g)
Fat
Total
(g)
Carbo-
hydrates
(g)
Dietary
fibre
(g)
Choles
-terol
(mg)
Ca

(mg)
Na

(mg)
Ayam masak lemak1 portion24728617.823116977403
Ayam masak merah1 portion17113711.78444473214
Ayam panggang1 portion17128024.7201213937136
Ayam tempra1 portion14722618.9153210768404
Chicken buah keluak1 portion66268751.1461852881522453
Chicken chop, deep fried1 piece24039041.0226016825726
Chicken feet, with mushroom, stewed1 portion53272.520111481
Chicken kung po1 portion16536327.7265tr14625550
Chicken kurmah1 portion34854647.33924236691037
Chicken masala1 portion15524825.214517440675
Chicken soto1 portion56922019.2818818622417
Chicken tandoori1 piece16522928.312307259708
Chicken teppanyaki1 portion48717.84111615263
Chicken tikka1 portion9021930.311117631237
Chicken, wing, barbequed1 wing9815414.811008023324
Chicken, claypot1 portion41237940.52344113881959
Chicken, deep fried, Malay1 portion8014115.8900567228
Chicken, paper wrapped1 piece7314012.89109510276
Chicken, roasted1 piece13019823.2111011131382
Chicken, steamed1 piece19027529.4180012739241
Chicken, steamed, skin removed1 piece629414.1400426154
Chicken, Szechuan1 portion29045034.62816121943339
Curry, chicken1 portion33045032.83110216893987
Curry, chicken, with Iow fat milk1 portion28323217.4172273133211
Salad, chicken feet, Thai1 portion28422119.0624423751692
Satay, chicken, no peanut gravy1 stick10242.712010226
Spring chicken, barbequed1/2 chicken31554551.038003351001073
Key: Ca – Calcium; Na – Sodium; g - grams; kcal - kilocalorie; mg - milligram;
tr - trace; NA - Not available
Source: Singapore Food Facts, Ministry of Health, 1999

Bolehkah Ibu Yang Menyusukan Anak Menjalani Diet SDII ?



Soalan yang selalu saya ditanya oleh ibu yang menyusukan anak adalah seperti berikut: Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin menurunkan berat badan. Adakah diet yang rendah karbohidrat seperti SD2 selamat untuk ibu yang menyusukan ?

Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa.

Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana. Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun. Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.

Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.

Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil SD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebihkurang 100g karbohidrat sehari.

Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-

Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.
 by Kamarul Nordin

Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan.

Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.

Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila memakan SD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.

Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet SD2, anda akan memakan kadar protien yang terlalu tinggi dan ini adalah membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protien didalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protien yang cukup yaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protien, bukan seperti zat makanan yang lain, tidak boleh disimpan didalam badan ibu. Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil SD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.

Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet SD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa "maintenance" dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan. Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara diatas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.