Tuesday, August 28, 2012

PERATURAN DIET ALSD2 ....


Peraturan Penting Berdiet SDII

Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD2 ?  Berikut adalah peraturan-peraturan penting ketika berdiet SD2 dan ingatlah peraturan-peraturan ini seolah-olah nyawa anda tergantung kepadanya.

1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN. (DO NOT SKIP MEALS)
Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA.
(DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)

Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.

3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)
Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik, makanan laut  dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan memakan SD2 sebanyak 2 skop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
(EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)

Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20 gram net karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda  boleh mengambil sehingga 35 gram net karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Kadar Karbohidrat Yang Kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancer. Sebenarnya 35 grams net karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.

5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.
(EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS PROGRAM)

6. Minum sekurang-kurangnya 2 litre air kosong setiap hari.
(Drink at least 2 litre of water everyday)

7. Hindari minuman berkafein seperti cofee, tea dan minuman ringan dan bergas.
(Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)
Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.

8. Kira setiap paket pemanis tiruan sebagai 1 gram net karbohidrat.
(Count each packet of artificial sweetener as 1 gram of net carbs)
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia adalah lebih organik dan semulajadi.

9. Apabila anda makan diluar, maka berhati-hatilah dengan karbohidrat yang tersembunyi.
(When you eat out, watch for hidden carbs)
Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

10. Jangan menyangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah.
(Dont assume any food is low in carbohydrate)
Pastikan anda membaca label pemakanan tersebut dan berapa jumlah karbohidrat makanan tersebut. Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter).

Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan dengan bersungguh-sungguh pada 2 minggu pertama setiap peraturan-peraturan yang telah dinyatakan untuk berjaya. Lakukanlah dengan sepenuh hati dan jiwa setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum anda melakukan versi peraturan anda sendiri.

SUMBER - http://newimage-slimdiet2.blogspot.com/

Bolehkah Saya Berdiet ALSD2 Jika Saya Berpenyakit Gallstones (Batu Karang Didalam Hempedu) ?


Kajian saintifik sebenarnya menunjukkan masalah batu karang didalam hempedu terjadi apabila kita mengambil terlalu rendah lemak (fat) didalam pemakanan kita. (Berhati-hati jika anda seorang pendiet low fat !) Hempedu kita perlu sentiasa aktif untuk bekerja bagi menghuraikan lemak didalam makanan.

Memakan lemak akan menyebabkan hempedu kita sentiasa bekerja, juga akan menyebabkan fungsi pengecutan (contraction) untuk berfungsi dengan baik. Sebenarnya hempedu tidak ada fungsi pengecutan ini jika kita tidak memakan apa-apa jenis lemak langsung. (Sudahkan anda faham salahsatu sebab kenapa anda mengambil minyak zaitun ?)

Sekiranya hempedu  tidak berfungsi untuk memproses lemak makanan, garam hempedu akan mengeras menjadi batu karang. Namun begitu, orang yang memang sudah berpenyakit batu karang didalam hempedu memang menghadapi masalah sekiranya mengambil makanan yang berlemak.

Bagi orang yang menghadapi masalah ini boleh mencuba berdiet SD2 tetapi harus menjaga pemakanan yang rendah lemak. Untuk ini, makanlah ikan, ayam, daging tanpa lemak, cheese yang rendah lemak (secara sederhana) dan perlu mengambil banyak sayur-sayuran. Anda harus menjauhi salad dressing yang berkrim, segala jenis kekacang, segala jenis makanan bergoreng dan segala jenis makanan yang diproses seperti sosej atau daging burger.

Jagalah pemakanan berdiet ini dengan betul dan anda harus faham bahawa sebagai orang yang berpenyakit, penurunan berat anda memang lebih perlahan dari orang lain

Monday, August 27, 2012

Menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

UNTUK MAKLUMAN .... INFO INI LEBIH KEPADA DIET UMUM .....
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  4. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong 

  1. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  2. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

  3. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  4. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  5. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  6. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
special thanks to .... http://azizie.com/index.php 

SELAMAT HARI RAYA SEMUA ....


NI GAMBAR PADA PAGI HARI RAYA ....


 NI PLAK GAMBAR PADA JUN 2012 - 2 BULAN SEBELUM START ALSD2 ...

TIMBANG2 LA SENDIRI .....