Saturday, October 6, 2012

Bagaimana Untuk Memecahkan Masalah Plateau ? Cubalah berdiet sayur dan buah-buahan sahaja tidak lebih dari tiga (3) hari.


Bagi maksud didalam kaedah penurunan berat badan, plateau adalah satu keadaan dimana
penurunan berat anda terhenti sementara walaupun anda melakukan program diet tersebut dengan betul dan berterusan.

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh berbagai sebab yang boleh kita atasi. Sebagai contoh, didalam program pemakanan rendah karbohidrat seperti SD2, plateau boleh berlaku disebabkan mengambil ubat-ubat yang baru setelah berdiet, sakit, stress atau kadar activiti badan yang berkurangan. Dengan mengatasi punca masalah tersebut serta mengikuti program tersebut secara berterusan, penurunan berat badan anda akan berlaku semula.

Namun begitu, sebelum anda merasakan anda ada masalah plateau, adakah anda sudah berdiet dengan betul dan tidak melakukan kesalahan berdiet ?

Sebenarnya anda boleh mencuba berbagai-bagai cara untuk menyelesaikan masalah ini dan anda kena bersikap terbuka untuk membuat ujikaji terhadap diri anda.

Anda boleh meningkatkan kadar karbohidrat anda sekiranya anda kerap memakan karbohidrat yang terlalu rendah seperti yang telah diceritakan didalam konsep Schwarzbein Principle. Cuba berhenti jenis-jenis makanan yang meragukan dan hanya mengambil lauk-lauk sahaja seperti daging, ikan dan ayam yang tidak di proses serta sayuran-sayuran hijau sahaja untuk beberapa hari. Berhenti memakan makanan tiruan seperti low-carb bar. Minumlah air yang banyak.

Namun begitu, sebelum anda mencuba mana-mana cadangan ini, pastikan yang anda betul-betul adamasalah plateau dan bukan kerana kesalahan berdiet. Anda boleh mencuba salah satu teknik berikut, yang juga pernah dicuba dan berjaya untuk menyelesaikan masalah plateau bagi sesetengah orang:-

1. Cubalah berdiet sayur dan buah-buahan sahaja tidak lebih dari tiga (3) hari

Jangan memakan apa-apa makanan selain dari sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja selama tidak lebih dari tiga (3) hari. Ini akan membantu supaya badan anda berakali, serta mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi khasiat yang tinggi. Makanlah sebanyak mana yang anda mahu dan boleh tambahkan lemak yang baik seperti minyak flaxseed, minyak zaitun atau butter.

Selepas dari tempoh ini, anda boleh bermula diet SD2 semula dan pastikan anda mengikut semua peraturannya seperti biasa serta perhatikan jika ada perubahan dari segi penurunan berat anda.

No comments:

Post a Comment