Saturday, October 6, 2012

Bagaimana Untuk Memecahkan Masalah Plateau ? Cubalah berdiet sayur dan buah-buahan sahaja tidak lebih dari tiga (3) hari.


Bagi maksud didalam kaedah penurunan berat badan, plateau adalah satu keadaan dimana
penurunan berat anda terhenti sementara walaupun anda melakukan program diet tersebut dengan betul dan berterusan.

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh berbagai sebab yang boleh kita atasi. Sebagai contoh, didalam program pemakanan rendah karbohidrat seperti SD2, plateau boleh berlaku disebabkan mengambil ubat-ubat yang baru setelah berdiet, sakit, stress atau kadar activiti badan yang berkurangan. Dengan mengatasi punca masalah tersebut serta mengikuti program tersebut secara berterusan, penurunan berat badan anda akan berlaku semula.

Namun begitu, sebelum anda merasakan anda ada masalah plateau, adakah anda sudah berdiet dengan betul dan tidak melakukan kesalahan berdiet ?

Sebenarnya anda boleh mencuba berbagai-bagai cara untuk menyelesaikan masalah ini dan anda kena bersikap terbuka untuk membuat ujikaji terhadap diri anda.

Anda boleh meningkatkan kadar karbohidrat anda sekiranya anda kerap memakan karbohidrat yang terlalu rendah seperti yang telah diceritakan didalam konsep Schwarzbein Principle. Cuba berhenti jenis-jenis makanan yang meragukan dan hanya mengambil lauk-lauk sahaja seperti daging, ikan dan ayam yang tidak di proses serta sayuran-sayuran hijau sahaja untuk beberapa hari. Berhenti memakan makanan tiruan seperti low-carb bar. Minumlah air yang banyak.

Namun begitu, sebelum anda mencuba mana-mana cadangan ini, pastikan yang anda betul-betul adamasalah plateau dan bukan kerana kesalahan berdiet. Anda boleh mencuba salah satu teknik berikut, yang juga pernah dicuba dan berjaya untuk menyelesaikan masalah plateau bagi sesetengah orang:-

1. Cubalah berdiet sayur dan buah-buahan sahaja tidak lebih dari tiga (3) hari

Jangan memakan apa-apa makanan selain dari sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja selama tidak lebih dari tiga (3) hari. Ini akan membantu supaya badan anda berakali, serta mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi khasiat yang tinggi. Makanlah sebanyak mana yang anda mahu dan boleh tambahkan lemak yang baik seperti minyak flaxseed, minyak zaitun atau butter.

Selepas dari tempoh ini, anda boleh bermula diet SD2 semula dan pastikan anda mengikut semua peraturannya seperti biasa serta perhatikan jika ada perubahan dari segi penurunan berat anda.

Friday, September 28, 2012

MENGENALI JENIS KEGEMUKAN


BAGAIMANA nak mengenali jenis KEGEMUKAN kita
Rugi kalau tak baca...


JENIS-JENIS KEGEMUKAN..
Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.
Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :
Gemuk Air
• Badan mengelembir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelembir dan lembik.
Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.
GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

APA PATUT ANDA LAKUKAN??
Insyallah, dengan mengamalkan ALPHA LIPID SD2 tin baru anda dapat mengatasi masalah ini dengan cepat dan selamat.. Seelok-eloknya disarankan anda cuba selama sebulan atau dua bulan.. pasal lemak ni dah lama berkumpul dalam badan, bukannya senang nak kikis kalau dah lemak tuh degil, so ada juga yang ambik masa lama.. setin untuk seminggu.. kalau sebulan kita perlukan 4tin pasal kita wajib minum 2 scoop 4x sehari sebelum makan.

Tuesday, August 28, 2012

PERATURAN DIET ALSD2 ....


Peraturan Penting Berdiet SDII

Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD2 ?  Berikut adalah peraturan-peraturan penting ketika berdiet SD2 dan ingatlah peraturan-peraturan ini seolah-olah nyawa anda tergantung kepadanya.

1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN. (DO NOT SKIP MEALS)
Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA.
(DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)

Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.

3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)
Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik, makanan laut  dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan memakan SD2 sebanyak 2 skop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
(EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)

Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20 gram net karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda  boleh mengambil sehingga 35 gram net karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Kadar Karbohidrat Yang Kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancer. Sebenarnya 35 grams net karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.

5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.
(EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS PROGRAM)

6. Minum sekurang-kurangnya 2 litre air kosong setiap hari.
(Drink at least 2 litre of water everyday)

7. Hindari minuman berkafein seperti cofee, tea dan minuman ringan dan bergas.
(Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)
Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.

8. Kira setiap paket pemanis tiruan sebagai 1 gram net karbohidrat.
(Count each packet of artificial sweetener as 1 gram of net carbs)
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia adalah lebih organik dan semulajadi.

9. Apabila anda makan diluar, maka berhati-hatilah dengan karbohidrat yang tersembunyi.
(When you eat out, watch for hidden carbs)
Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

10. Jangan menyangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah.
(Dont assume any food is low in carbohydrate)
Pastikan anda membaca label pemakanan tersebut dan berapa jumlah karbohidrat makanan tersebut. Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter).

Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan dengan bersungguh-sungguh pada 2 minggu pertama setiap peraturan-peraturan yang telah dinyatakan untuk berjaya. Lakukanlah dengan sepenuh hati dan jiwa setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum anda melakukan versi peraturan anda sendiri.

SUMBER - http://newimage-slimdiet2.blogspot.com/

Bolehkah Saya Berdiet ALSD2 Jika Saya Berpenyakit Gallstones (Batu Karang Didalam Hempedu) ?


Kajian saintifik sebenarnya menunjukkan masalah batu karang didalam hempedu terjadi apabila kita mengambil terlalu rendah lemak (fat) didalam pemakanan kita. (Berhati-hati jika anda seorang pendiet low fat !) Hempedu kita perlu sentiasa aktif untuk bekerja bagi menghuraikan lemak didalam makanan.

Memakan lemak akan menyebabkan hempedu kita sentiasa bekerja, juga akan menyebabkan fungsi pengecutan (contraction) untuk berfungsi dengan baik. Sebenarnya hempedu tidak ada fungsi pengecutan ini jika kita tidak memakan apa-apa jenis lemak langsung. (Sudahkan anda faham salahsatu sebab kenapa anda mengambil minyak zaitun ?)

Sekiranya hempedu  tidak berfungsi untuk memproses lemak makanan, garam hempedu akan mengeras menjadi batu karang. Namun begitu, orang yang memang sudah berpenyakit batu karang didalam hempedu memang menghadapi masalah sekiranya mengambil makanan yang berlemak.

Bagi orang yang menghadapi masalah ini boleh mencuba berdiet SD2 tetapi harus menjaga pemakanan yang rendah lemak. Untuk ini, makanlah ikan, ayam, daging tanpa lemak, cheese yang rendah lemak (secara sederhana) dan perlu mengambil banyak sayur-sayuran. Anda harus menjauhi salad dressing yang berkrim, segala jenis kekacang, segala jenis makanan bergoreng dan segala jenis makanan yang diproses seperti sosej atau daging burger.

Jagalah pemakanan berdiet ini dengan betul dan anda harus faham bahawa sebagai orang yang berpenyakit, penurunan berat anda memang lebih perlahan dari orang lain

Monday, August 27, 2012

Menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

UNTUK MAKLUMAN .... INFO INI LEBIH KEPADA DIET UMUM .....
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  4. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong 

  1. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  2. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

  3. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  4. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  5. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  6. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
special thanks to .... http://azizie.com/index.php 

SELAMAT HARI RAYA SEMUA ....


NI GAMBAR PADA PAGI HARI RAYA ....


 NI PLAK GAMBAR PADA JUN 2012 - 2 BULAN SEBELUM START ALSD2 ...

TIMBANG2 LA SENDIRI ..... 



Wednesday, August 15, 2012

DIARI MAKANAN ....


Buatlah diari pemakanan !

Membuat diairi pemakanan adalah teman yang sangat beharga dalam membantu anda mencapai berat idaman.

Dengan mencatit setiap jenis makanan yang anda ambil setiap hari, anda akan dapat melihat corak pemakanan anda yang akan membantu kejayaan anda berdiet.  Dalam pada masa yang sama anda boleh menganalisa kesilapan anda jika terbabas sementara berdiet. Ia juga boleh menbantu anda memahami jenis-jenis makanan manakah yang jadi penghalang untuk anda menurunkan berat badan.

Anda juga akan lebih faham tabiat cara anda makan, mengenal jenis makanan yang menjadi penghalang, memahami emosi dan gaya hidup yang akan menjejaskan perhubungan anda dengan makanan yang anda makan.

Selalunya, dengan ada tempat yang sulit untuk anda mencatitkan emosi anda akan sangat membantu untuk anda memotivasikan diri dalam melakukan perubahan didalam hidup anda.

Didalam hal ini juga, jika anda menghadapi masalah didalam pemakanan anda maka berkongsi diari pemakanan dengan pakar pemakanan anda untuk dianalisa akan memudahkan proses mencari punca sebenar kenapa warna ketostix anda masih putih atau kenapa berat anda masih turun perlahan.

Banyak orang yang saya jumpa mengatakan bahawa tidak mengambil apa-apa makanan berkarbohidrat tetapi setelah dianalisa masih terdapat banyak makanan berkarbohidrat yang tersembunyi didalam makanan mereka. Besar kemungkinan kita masih belum betul-betul faham akan jenis-jenis makanan berkarbohidrat dan biarlah pakar pemakanan anda tentukan samada anda bebas karbohidrat atau tidak sebelum anda membuat andaian tersebut.

SD2 Wellness Centre

Monday, August 13, 2012

Kandungan Dalam Makanan Berasas Ayam Kita ...

Sedappp......

Info ni amat sesuai bagi kita yang sedang berdiet dengan ALSD2 ... 

Chicken dishes
Food NameServing
Portion
Serving
Weight
(g)
Energy

(kcal)
Protein

(g)
Fat
Total
(g)
Carbo-
hydrates
(g)
Dietary
fibre
(g)
Choles
-terol
(mg)
Ca

(mg)
Na

(mg)
Ayam masak lemak1 portion24728617.823116977403
Ayam masak merah1 portion17113711.78444473214
Ayam panggang1 portion17128024.7201213937136
Ayam tempra1 portion14722618.9153210768404
Chicken buah keluak1 portion66268751.1461852881522453
Chicken chop, deep fried1 piece24039041.0226016825726
Chicken feet, with mushroom, stewed1 portion53272.520111481
Chicken kung po1 portion16536327.7265tr14625550
Chicken kurmah1 portion34854647.33924236691037
Chicken masala1 portion15524825.214517440675
Chicken soto1 portion56922019.2818818622417
Chicken tandoori1 piece16522928.312307259708
Chicken teppanyaki1 portion48717.84111615263
Chicken tikka1 portion9021930.311117631237
Chicken, wing, barbequed1 wing9815414.811008023324
Chicken, claypot1 portion41237940.52344113881959
Chicken, deep fried, Malay1 portion8014115.8900567228
Chicken, paper wrapped1 piece7314012.89109510276
Chicken, roasted1 piece13019823.2111011131382
Chicken, steamed1 piece19027529.4180012739241
Chicken, steamed, skin removed1 piece629414.1400426154
Chicken, Szechuan1 portion29045034.62816121943339
Curry, chicken1 portion33045032.83110216893987
Curry, chicken, with Iow fat milk1 portion28323217.4172273133211
Salad, chicken feet, Thai1 portion28422119.0624423751692
Satay, chicken, no peanut gravy1 stick10242.712010226
Spring chicken, barbequed1/2 chicken31554551.038003351001073
Key: Ca – Calcium; Na – Sodium; g - grams; kcal - kilocalorie; mg - milligram;
tr - trace; NA - Not available
Source: Singapore Food Facts, Ministry of Health, 1999

Bolehkah Ibu Yang Menyusukan Anak Menjalani Diet SDII ?



Soalan yang selalu saya ditanya oleh ibu yang menyusukan anak adalah seperti berikut: Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin menurunkan berat badan. Adakah diet yang rendah karbohidrat seperti SD2 selamat untuk ibu yang menyusukan ?

Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa.

Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana. Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun. Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.

Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.

Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil SD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebihkurang 100g karbohidrat sehari.

Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-

Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.
 by Kamarul Nordin

Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan.

Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.

Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila memakan SD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.

Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet SD2, anda akan memakan kadar protien yang terlalu tinggi dan ini adalah membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protien didalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protien yang cukup yaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protien, bukan seperti zat makanan yang lain, tidak boleh disimpan didalam badan ibu. Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil SD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.

Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet SD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa "maintenance" dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan. Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara diatas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.



Saturday, August 11, 2012

Kenapa Senaman Bukanlah Satu Pilihan Ketika Berdiet SD2





Senaman, dalam bentuk atau jenis apapun, akan membantu membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan jisim otot anda.

Senaman yang mengutamakan mengangkat berat sudah tentu akan membina jisim otot dengan lebih banyak. Banyak orang yang terlebih berat akan mengelakan senaman mengangkat berat  kerana mereka takut akan membina otot yang lebih serta badan akan nampak lebih besar. Sebenarnya ini tidak akan berlaku jika kita tahu bagaimana cara untuk melakukannya.

Namun begitu buat masa ini cukuplah untuk kita memahami bahawa sebenarnya dengan membina jisim otot akan banyak membantu badan kita membakar lemak dengan lebih cepat. Tetapi kita perlu beringat bahawa pada waktu permulaan apabila kita membina jisim otot, besar kemungkinan kita tidak akan nampak apa-apa penurunan atau berat kita mungkin juga akan naik lebih sedikit. Ini hanyalah menunjukkan bahawa sebenarnya jisim otot kita meningkat tetapi lemak kita sebenarnya sudah banyak berkurangan. Kita perlu faham bahawa jisim otot adalah lebih padat dari lemak jadi perubahan yang sedikit akan nampak lebih ketara pada keseluruhan berat kita.

Kita akan nampak perbezaan sebenar pada apa yang kita rasa pada tubuh badan kita dan juga bagaimana pakaiaan kita rasa sesuai pada tubuh badan kita. Yang lebih penting, jisim otot kita memerlukan lebih tenaga pada badan dari lemak yang ada pada tubuh kita. Dengan kata lain, apabila kita menambah jisim otot, kita akan sebenarnya akan membakar lebih kalori walaupun kita tidak bergerak.

Ini bermakna senaman akan membantu kita menurunkan berat badan dengan tiga cara yang berbeza:
  1. Dengan cara yang difahami ramai - kita membakar lebih kalori ketika melakukan senaman
  2. Apabila kita selesai bersenam, metabolisma kita masih berada pada kadar yang tinggi untuk beberapa jangkamasa tertentu - dimana anda juga berpeluang membakar lebih kalori dari biasa
  3. Apabila anda sudah mula membina jisim otot, maka metabolisma anda juga akan meningkat dengan lebih banyak pada 24/7 atau setiap masa dan anda masih tetap membakar lemak walaupun beratur panjang di kaunter pejabat pos
Jika anda faham dan bersetuju dengan konsep diatas, maka pada topik selanjutnya kita akan melihat apakah yang perlu kita lakukan selanjutnya untuk mula menggerakkan badan kita ketika berdiet.

Kenapa senaman bukanlah pilihan ketika berdiet ? Tidak perlu berlapar untuk menurunkan berat badan.

Bagaimana Menangani Penurunan Berat Badan Yang Perlahan ?


by En Kamarul Nordin 

Sekiranya anda menghadapi penurunan berat badan yang perlahan apabila telah lebih seminggu memulakan program diet SD2, ini bermakna tahap kesihatan metabolism anda adalah lebih perlahan dari orang lain dan dengan itu anda lebih perlahan membakar simpanan lemak dan penurunan berat anda pun memang jadi perlahan. Sekiranya anda memang seorang yang lambat menurunkan lemak, anda juga mungkin menghadapi masalah sekatan pembakaran lemak yang sangat mengecewakan apabila kadangkala berat anda tidak turun langsung buat seketika. Haraplah bersabar. Janganlah perkara ini menyebabkan anda mengaku kalah dengan cepat. Kekangan metabolism yang tinggi memerlukan anda melakukan beberapa penyesuaian kecil didalam perkara-perkara berikut:-

1. Adakah anda sudah faham maksud sebenar makanan berkabohidrat dan anda benar-benar tidak mengambil karbohidrat yang tersembunyi ?
Perhatikan karbohidrat tersembunyi dengan lebih teliti seperti salad dressings, kekacang dan kuah makanan untuk lamb/chicken chop dan kurangkan lagi makanan yang rendah karbohidrat seperti avocado, buah zaitun dan limau kasturi atau limau purut. Sila lihat tulisan saya sebelum ini mengenai karbohidrat tersembunyi. Gunakanlah keto sticks secara lebih kerap untuk memastikan bahawa anda memang tiada memakan karbohidrat yang tinggi. Sekiranya ujian keto sticks masih putih ini bermaksud anda perlu semak kembali setiap inci pemakanan anda kerana kandungan karbohidrat yang anda makan masih tinggi. Sekiranya ujian keto sticks anda sudah pink tetapi berat badan anda makin naik, besar kemungkinan anda sedang hamil.

2. Adakah anda masih kurang atau meninggalkan waktu makan yang sepatutnya ? Adakah anda masih berlapar ?
Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari atau 4, 5 kali sehari dengan saiz yang sederhana. Mengurangkan makanan atau terlalu lama tidak makan (anda tidak harus berlapar lebih dari 6 jam waktu berjaga) akan menyebabkan kandungan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, menggigil dan lapar. Ubah suai semula cara makan anda kerana anda tidak harus mengurangkan makan atau meninggalkan waktu makan anda. Sekiranya anda kurang makan dan selalu berlapar makan badan anda akan membakar lemak lebih perlahan kerana secara semulajadinya badan anda ingin hidup lebih lama dan membakar lemak lebih perlahan diwaktu susah untuk mendapatkan makanan.

3. Adakah anda memakan ubat-ubatan atau supplement yang menghalang penurunan berat badan ? 
Sila semak kandungan ubat-ubatan anda serta supplement yang anda makan supaya tidak mengandungi kandungan karbohidrat serta gula yang tinggi atau termasuk didalam senarai ubat-ubatan yang melambatkan penurunan berat badan seperti yang telah saya senaraikan sebelum ini.

4. Jalanilah cara hidup yang aktif dan pergilah bersenam.
Pada tahap ini anda perlu pergi bersenam. Lakukanlah sekurang-kurangnya 30 minit senaman ringan setiap hari. Banyak maklumat yang saya dapati dari pengamal SD2 bahawa senaman akan mempercepatkan penurunan berat badan dan juga cubalah beralih jenis senaman dari satu jenis kepada jenis yang lain juga akan memberi kesan yang lebih baik.

5. Kurangkan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa.
Cuba fahamkan betul-betul maklumat ini kerana adalah penting untuk anda lakukan dengan betul. Jangan makan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa kerana jika terlalu banyak makan badan kita juga akhirnya akan boleh menukarkan protein menjadi gula didalam darah dan ini akan mengganggu pembakaran lemak didalam badan. Cara pemakanan protien yang sesuai adalah dengan memakan saiz yang kecil atau sederhana tetapi makan dengan lebih kerap seperti 4 atau 5 kali sehari. Anda sepatutnya rasa puas apabila selesai makan tetapi tidak terlalu kenyang. Makanlah dengan lebih perlahan boleh menyebabkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Apabila anda tidak yakin berapa banyakkah yang perlu anda makan kerana anda sudah biasa kerana bertahun-tahun makan dengan banyak, maka cubalah makan kurang dari apa yang anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda tidak lagi merasa lapar, maka anda akan merasakan perbezaan diantara tabiat makan yang buruk atau lapar yang sebenar. Akhirnya anda akan belajar banyak manakah yang perlu anda makan yang akan menyebabkan penurunan berat badan.
Sekiranya anda masih belum berjaya, cubalah SD2

Tuesday, August 7, 2012

Menu Berbuka Saya ...

Hari ni menu mcm agak menyimpang dr Diet ALSD2 ....

1. Laksa Perlis Kaw2 ( home made )
2. Ayam percik ( dr Tesco )
3. Satay Ayam ( Psar Ramadhan )
4. Sayur - timun2 dr satay ...
5. Buah Tembikai ...

bleh kot ... sikit karbo daripada laksa ... yg lain lauk2 je...



Tuesday, July 31, 2012

Bercerita pasal menu berbuka .. ..


Hari ni tak ada mood nak masak ... so p beli kat pasar ramadhan kat Jawi ni saja ... kt anak anak saya belikan nasi ayam ... then untuk saya yang tgh "diet " ( diet ke ? ) ... beli ayam percik ni ... ni bukan gambar sebenar ..  tp rupa dia lebih kurang la... menjilat jari je nampaknya ...( thanks to Mr google Search ) 


Then dlm fridge ada timun dan tomato ...potong-potong .. makan sama dengan ayam tadi .. jadi tak muak sangat .. rasa segar je bila makan all those food ...

Dan akhir sekali disusuli dengan segelas ALSD11.... sebenarnya saya still dalam proses menurunkan berat badan ... tak dapat lagi berat ideal ....

BEFORE SD2 - 72KG
1 WEEK ( 1 tin ) - 69 kg
2 WEEK ( 1 tin ) - 68 kg
3 week ( 1 tin tp tak habis lagi ...) - 67 kg

huhuhu lambatnya bergerak ... sbb saya tak betul2 cut down calories and carbo ni ... ada amek jugak nasik kadang2 pastu ayam percik sdap punya berminyak ... makan jugak ....

so kalo nak cepat2 turun .. jangan ikut sgt mcm saya ... kulit ayam jgn makan .. lemak2 buang .. hehehe... sy tak .. yg tu la yg paling sedap ... menjilat jari ...

Monday, July 30, 2012

Prinsip program Slim Diet





Prinsip program Slim Diet adalah untuk kehilangan berat badan secara semula jadi melalui sistem mengawal pengambilan karbohidrat harian anda. Ia sebenarnya hanya system pengunduran penambahan berat badan - jika anda kurang makan karbohidrat daripada anda memerlukan tenaga, lemak tersimpan di badan anda akan terbakar untuk memberi badan anda keperluan tenaga. Ia adalah kerana penting untuk membuat catatan dengan cermat untuk semua karbohidrat harian yang diambil. Salah satu kunci utama program kami adalan memperkenalkan kepada anda tentang Tahap Karbohidrat kritikal anda.




Ini adalah tiga prinsip penurunan berat badan:
  1. BERSENAM
  2. PENGURANGAN PENGAMBILAN KALORI
  3. PENGURANGAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT




Faedah Unik Slim Diet
  1. Ia secara keseluruhannya adalah semula jadi, selamat, berkesan dan kos efektif.
  2. Ia tiada usaha menahan kelaparan dan jumlah pemakanan yang memuaskan dilakukan seharian.
  3. Anda dapat mengukur, dengan cara ujian mudah, sama ada anda membakar lemak atau tidak.
  4. Kamu hanya hilang lemak, bukan tisu badan (selagi dalam diet kalori), mengekalkan otot yang bagus dan kecerahan kulit.
  5. Penyahtoksikan dan pembersihan sistem badan anda secara automatik.
  6. Tawaran merancang dorongan yang bagus, kerana kehilangan berat badan adalah lebih berkesan daripada mana-mana program lain berdasarkan kalori atau prinsip senaman.
  7. Pengenalpastian kadar metabolisme badan anda (tahap karbohidrat kritikal).
  8. Satu sistem sokongan yang sangat berkesan.
  9. Menubuhkan asas dan pengetahuan bagi mengekalkan kawalan berat badan selama-lamanya.
  10. Lebih tenaga dengan tiada diet atau kesan sampingan

SEMUA BOLEH MAKAN ....

SEMUA JENIS LAUK PAUK BOLEH MAKAN ....




SYARATNYA .... NASI 3 SUDU SAJA YE ...

SANGAT - SANGAT BAIK LA... DARI PROGRAM PENGURUSAN BADAN YANG LAIN ... JENUH KENA "STARVING" TAK BOLEH MAKAN ......

AMALAN BAGI PENGGUNA ALSD2 ....




PAGI ; 
2 SCOOP SD2 + 250ML AIR SEJUK AIS+ 2 CAMCA CUKA APPLE+2 CAMCA MINYAK ZAITUN...GONCANG

TENGAHARI ; 
2 SCOOP SD2 + 250ML AIR SEJUK AIS GONCANG

PETANG ; 
2 SCOOP SD2 + 250 ML AIR SEJUK AIS GONCANG

MLM ; 
2 SCOOP SD2 + 250 ML AIR SEJUK AIS GONCANG



INGAT

1.. KURANG 35GM KARBO+GULA2..AIR KOSONG LEBIH 2 LITER3..STOP KAFEIN4..STOP BUAH..(1-4 TIN)

Friday, July 27, 2012


ALPHA LIPID LIFE LINE


Apa itu Alpha Lipid LifeLine ?
Alpha Lipid Lifeline™ diimport terus dari syarikat New Image International, New Zealand, pengeluar kolostrum terbesar di dunia dan Pemenang Anugerah Eksport New Zealand 3 tahun berturut-turut.

Alpha Lipid Lifeline™ dapat Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dan dijamin HALAL. Susu Alpha Lipid Lifeline™ adalah kolustrum kuality tinggi (grade10) dengan formula unit lebih mudah diserap cepat dan berkesan 100% ke dalam system penghadaman berbanding kolostrum jenama lain.

Anda Mempunyai Masalah Kesihatan ?
Keberkesanan product ini dalam melegakan bermacam-macam penyakit seperti:
  1. Asma
  2. Arthritis
  3. Allergy
  4. Buasir
  5. Bisul
  6. Buah Pinggang
  7. Ezema
  8. Fybroi

Kelebihan Kolostrum Alpha Lipid Lifeline™
  1. Mengandungi antibodi (Immunoglobulin) utk melawan pelbagai jenis jangkitan bakteria, virus dan pathogen
  2. Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit
  3. Formula Alpha Lipid Lifeline™ 100% berkesan dan diserap cepat
  4. Mengandungi Vitamin dan Zat Galian (Kalsium dll) semulajadi cukup utk keperluan harian
  5. Mengandungi bacteria semulajadi (Lactobasilus Acidophilus dan Bifidobacterium) bagus utk fungsi normal usus
  6. Mengandungi Faktor Pertumbuhan (Growth factor) yg penting utk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging)
  7. Sangat sesuai utk ibu mengandung dan menyusu
  8. Membantu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dlm darah.
  9. Membantu memulihkan pelbagai penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, gastric, hepatitis, kurang darah, ketidaksuburan, dan pelbagai khasiat untuk tahap kesihatan terbaik manusia

Alpha Lipid Lifeline™ Produk Kesihatan yang unggul selamat, tidak bertoksik dan tidak berallergik. Ia kaya dengan bahan pemulih penyakit. Mengandungi Probiotik bakteria normal di saluran usus. Lactobacilli & Acidophilus menghalang cirit birit dan masalah usus. Selain itu ia juga mengandungi Vitamins & Minerals yang penting untuk penjanaan tenaga & kesihatan membantu proses penghadaman. Memperbaiki tisu dan sel badan serta mengekalkan kesihatan. Mengandungi kalsium tambahan untuk tulang dan gigi dan juga kolostrum antibodi tambahan dari punca semulajadi. Ia adalah pemakanan semulajadi yang selamat sesuai untuk semua peringkat umur.
Apa Kesan Alpha Lipid ?
  1. Mempertingkat Penyerapan Usus
  2. Meningkatkan Fungsi Pertahanan Badan
  3. Meneutralkan Jangkitan Virus/Bakteria/Kulat
  4. Mempercepatkan Pemulihan Luka Tisu
  5. Membunuh Parasit dalam Badan
  6. Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan
  7. Memperbaiki Masalah Sembelit
  8. Meningkatkan Ton Kulit dan Elastik
  9. Menstabilkan Emosi dan Tekanan
  10. Menstabilkan Paras Gula Dalam Darah
  11. Meningkatkan Keupayaan Minda
  12. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
  13. Meningkatkan Prestasi Fizikal
  14. Mengandungi Bahan Awet Muda
  15. Mengandungi Bahan Anti-Inflamasi (AntiRadang)
  16. Meningkatkan Kesihatan Gigi dan Tulang
  17. Mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
  18. Sangat sesuai untuk  ibu yang hamil

Dari Mana Datangnya Colostrum ALPHA LIPID ?
  1. Lembu-Lembu New Zealand
  2. Susu Awal Lembu (susu yg mula-mula keluar)
  3. Dikilangkan oleh pengeluar kolostrum terbesar di dunia, New Image International, Auckland, New Zealand

Kenapa New Zealand ?
  1. Lembu yang Tiada Penyakit Merbahaya
  2. Dipasturkan
  3. Dikumpul Segar dari Ladang
  4. Diproses Segar
  5. Dipasturkan secara “Flash low temperature”
  6. Dikilangkan secara Suhu Rendah / Tekanan Rendah
  7. Pengilangan Menurut Spesifikasi GMP menurut Piawai Antarabangsa

Bagaimana ALPHA LIPID bertindak ?
  1. Bertindak di Saluran Pemakanan USUS
  2. Menyuci
  3. Menyembuhkan
  4. Mempertahankan
Kandungan  yang boleh anda perolehi didalam Alpha Lipid LifeLine
  1. Vitamin A - Untuk kesihatan mata.
  2. Vitamin B12 - Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.
  3. Vitamin B6 - Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.
  4. Vitamin B1 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
  5. Vitamin B2 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
  6. Vitamin B3 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
  7. Vitamin C - Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.
  8. Vitamin D - Penyerapan calcium lebih banyak, tanpa Vitamin D calcium yang dimakan akan keluar sebagai najis.
  9. Vitamin E - Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.

Proses Pemulihan
Kolostrum Alphalipid merupakan makanan tambahan bukan toksik, bukan alergik dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan serta dadah lain. Walau bagaimanapun sesetengah orang akan mengalami beberapa reaksi atau tindakbalas sementara dalam proses pemulihan yang positif:
  1. Mengantuk dan keletihan - proses penggantian tisu-tisu badan yang disebabkan penyakit.
  2. Berpeluh , demam dan sakit kepala - proses peningkatan kadar metabolisme dalam badan akibat daripada pembuangan toksik melalui saluran perkumuhan.
  3. Gatal, kerap buang air kecil atau besar - Proses penyingkiran bahan buangan yang lama terkumpul seperti metabolit logam berat dan lain-lain bahan yang tidak diperlukan oleh badan.
  4. Sakit perut, sakit otot, loya dan denyutan jantung yang laju - Proses penyembuhan , pembaharuan dan penyimpanan sel-sel baru

Bagaimana Untuk Mengambilnya ?
  1. Alpha Lipid dibekalkan dalam bentuk serbuk/powder
  2. Ambil 1 1/2 sudu yg dibekalkan dan dicampur dengan air sejuk/mineral
  3. Boleh Dicampur dengan Susu, Jus atau Air Biasa
  4. Elok dibuat sebagai Ais Krim Smoothies
  5. Sebaik-baiknya Ambil Sewaktu Perut Kosong (Sebelum sarapan pagi)
  6. Seelok-eloknya Campur dan Goncang dgn “Shaker
  7. Sebaik-baiknya ambil selepas Subuh atau Sebagai Sarapan Pagi
* Dilarang menggunakan air suam atau air panas